Friday, October 21, 2011

Jom Tanam Bakau!

Assalamualaikum.

Hari nie aku ade ikot satu program yang dianjurkan oleh kolej penginapan aku which is DPP Bank Muamalat. Program ini dinamakan program “Jom Tanam Bakau”. Kalau daripada nama program nie pun, korang mesti dapat agak kitorang buat ape kan? Hehe….

Aku bangun awal gak (ke biase je?) dlm 6.40 mcm tu la. Itu pun sebab Aimi yang miscall aku. Haha…kalau tak, mungkin bangun lambat lagi kot. Huhu…lepas tu, aku siap2 and turun ke bus stop dalam pukul 7.30 pagi camtu la. Kitorang (aku, Aimi, Fiey) kire orang pertame la yg naik bas tu. Yang lain tu, biase la. Ade yang lambat. Aku ingatkan aku da lambat da. Rupenye ade lagi orang lagi lambat drpd aku. Supposedly bas gerak kul 8 but tadi die gerak dalam 8 something la (I can’t remember the exact time).

Dalam 9.15 pagi, kitorang sampai kat Gurun untuk bersarapan pagi. Itu pun berhenti setengah jam. Sebab da janji dengan orang kat sane kot. But again, tersasar daripada mase yang ditetapkan. Ade je orang yang lambat jugak. Xpe la. Lepas tu, bergerak ke Merbok. Nama tempat yang kitorang pegi nie ialah Sungai Besi. Memang jauh ke dalam la tempat nak tanam bakau nie. Dalam 10 something, almost kul 11 jugak la sampai kat tempat tu.

Kat sane, kitorang da jumpe la beberapa orang tua tapi mostly nampak yg cam student pun ade. Tapi xbape nak ramai la, dalam 7-8 orang. Ade salah seorang student tu muke sebijik cam A***. Haha…aku sentap sekejap. Fiey pun same. Keh3…

Da turun daripada bas tu, pengarah projek briefing kejap. Kitorang makan pagi and lepas tu, diberi taklimat oleh ade la beberapa orang. Aku xbape nak jelas. Tapi, mase tu la aku baru tau yang sebenarnya kitorang punye program nie collaborate ngan dua NGO. Satu tu name die Kelab Sahabat Alam, satu lagi ape ntah. Bg briefing la psl kenape kene tanam bakau nie. Ak pun sebenarnya blur amende diorang terangkan kat aku nie. Haha…

Lepas tu, kitorang dibawa ke bot untuk memulakan aktiviti penanaman bakau tu la. Ak kumpulan no 2 yang akan pergi tanam bot tu sebab bot ade 1 je. Tapi seronok la. Sementara tunggu bot dtg utk pick kitorang lepas diorang anta kumpulan 1, kitorang main la kat kawasan paya tu. Memang best! Yg ahli2 kelab tu siap berenang-renang lagi. Ak xingat la sape tanye tapi one of us ade tanye diorang nie student ke? Mamat yang bernama Nuh (satu2nye name yg kitorang tau) bgtau yg diorang nie student pendidikan. Kat IPG Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Tanye amik course ape, rupe2nye amik social studies. Lebih kurang cam aku la kot. Yang lain2 tu pun course lain2 jugak.

Xlame pastu, bot pun datang. Xjauh pun. Xsampai 5 minit da sampai. Bile da sampai tu, Ya Allah. Selut die memang definitely sampai paha. Haha…memule tu memang susah nak bergerak. Bile selut da masuk sampai paha, memang susah skit nak kluakan kaki. Memang kene mintak tolong kawan. Huhu…lepas tu kitorang terus bergerak kepada anak-anak pokok yang diorang da sediakan. Kitorang just tinggal nak bukak plastik anak pokok tu, gali sedikit lubang pastu tanam biar sama paras dengan tanah selut tu. Mase tu la jumpa banyak anak-anak ketam. Cuak gak ak klu aku jumpe mak ketam. Xpasal2 aku kene sepit dengan sepit die yang berbisa tu. Hehe….

Kitorang punye la excited buat sampai da xde anak pokok yang tinggal. Sedangkan kumpulan 3 ngan 4 mane sampai lagi. Pak cik kat situ la kate tinggalkan untuk yang lain jugak. Korang bayangkanlah, 200 anak pokok hampir siap dikerjakan oleh 20 orang student yang sumenye perempuan. Haha…bangga aku! Keh3…tapi demi mendengar nasihat pak cik tu, kitorang cume habiskan satu part yang kitorang tengah buat mase tu and mase tu la, baru yang lain sampai. Bile cakap dengan pak cik tu da xde keje, pak cik tu suh kitorang main dengan selut. Aku pun amik kesempatan la. Kesian kat aku, cam xpenah jumpa selut.

Main2 la dengan kawan2 aku sambil menunggu yang lain menyudahkan kerja. Lepas tu, buat sesi bergambar plak kat selut tu. Haha…penuh selut la mase tu. Aku siap duduk lagi dalam selut tu. Pastu, yang budak2 kelab tu ble plak main attack2 selut. Ape lagi, kitorang yang kat tengah2 ni yang jadi mangsa. Penuh la kat tudung, baju aku yang berwarna biru pink tu. Bengang tul. Lepas da siap sume, kumpulan 1 bergerak balik. Kitorang plak tunggu bot. Mase tu borak2 la ngan budak2 kelab tu. Haha….baru aku tau diorang same umo ngan aku. Cess! Nak berlagak lagi tua la tu. Mesti diorang ingat kitorang nie sem 1. Hahah…ingat senang kene buli? Na uh!

Bile sampai kat tempat yang kitorang amik bot tu, kitorang mandi2 dulu. Aku siap terase lagi air tu. Yucks! Masin! Tapi mase group 3 ngan 4 balik, diorang dibawa ronda2. Jeles aku! Tapi xpe, lepas tu kitorang plak. Memang seronok la. Huhu…jumpa budak2 tengah mandi. Relax je budak2 tu buat flip sebelum terjun ke sungai tu. Abis round, kitorang makan, mandi dan solat Zuhur. Lepas solat Jumaat, ade buat penyampaian cenderamata kat diorang2 yang tolong kitorang merealisasikan program nie. Hujan plak. Lebat lagi. Siap lari2 nak naik bas. Xsempat tangkap gambar abg2 hensem. T_T (hehe..)

Memandangkan hujan, rancangan yang pada asalnya nak pegi air terjun kat Tupah terpaksa ditukar. Sebab kalau hujan, arus sungai mesti deras. Aku penah mengalaminya sekali masa g kem. Pastu, macam2 la budak2 nie suggest. Akhirnya, kitorang singgah ke Tesco Merbok. Memule, ak makan Secret Recipe. Haha…tengah2 xde duit, ble plak aku beli bende mahal. Lepas tu, baru kitorang gi Tesco. Kat Tesco, banyak benda makanan je aku beli. Aduh! Membazir lagi di situ.

Lepas blah dari Tesco, kitorang teruskan perjalanan. Sampai kat Gurun, kitorang berhenti untuk solat Asar. Berhenti dalam setengah jam macam tu la. Sempat lagi tangkap gambar pemandangan. Tapi memang cantik. Fiey kate pemandangan bukit yang kitorang tangkap tu macam pemandangan Gunung Kinabalu. Terbaik! Xyah g Gunung Kinabalu la macam nie. Haha…

Setelah selesai sumenye, kitorang bergerak balik ke UUM. Aku sampai UUM dalam 7.30 malam tadi. Overall, program nie memang best. First, sebab die free! (:P). Second, aku gain experience baru lagi. Keletihan tu xterase sangat sekarang tapi time tido nanti, mesti azab. Hehe…third, at least, I’m contributing something good to the nature. I’m not-too-nature-conscious person, so program camni bukak mate aku lagi la tentang pelihara alam sekitar nie. This is a great program. I would love to join it again in the future. Out!


p/s : I will post the pictures later k...

Sunday, October 9, 2011

Tambah Dosa 1

Assalamualaikum.

Hari nie aku cukup bengang dengan seorang hamba Allah nie. Sangat menyakitkan hati. Urghh!! Sabar je la. Tadi aku g dinner ngan bestfren aku. Makan plus gossip2 jugak la. Haha…kitorang memang xpenah lepas daripada bergosip. Keh3..

Lepas tu, dtg la seorang hamba Allah nie yg merupakan kwn satu course kitorang gak la. Die datang tu xpe lg. Aku buat biase je la kan. Tapi yg xbestnye, die nak menyapa kitorang pun pakai sindiran, jelingan etc la. Erk? Bajet sekali di situ. Okay xpe la. Aku blur lagi. Pastu, bile makin lame die duduk situ, lagi menyakitkan hati lagi ade. Bestfren aku da buat xtau je ngan die. Aku plak jenis mulut banyak so melayan die. Allah, lagi dilayan lagi rase mcm nak bagi penyepak je kat die. Huhu…aku da membara2 da dalam hati. Perangai die memang xble blah.

Memang perang mulut gak la ngan die. Die nie xmau kalah plak, hmm…lagi la. But seriously, klu aku bukan jenis yang sabar, da lame da penampar hinggap di pipinya yg mulus tu. Haha…nasib baik aku masih dikurniakan dgn kesabaran w/pun aku rase sabar aku da makin tipis.

Mintak maaf la kepada sesiapa yg membaca. Mesti buat tmbh dosa je kan. So sebab tu entri ini dinamakan entri “Tambah Dosa”. Out!

Tuesday, October 4, 2011

Berdosakah aku ckp mcm nie?

Assalamualaikum..

Minta maaf sebab da lame xupdate blog. I’ve face lots of challenge so I don’t have the time to update this blog. Dgn laptop rosaknye secara tiba-tiba, dgn format laptop and mcm2 lg la. Aish….pening2…

Okay, kali nie aku nak cite psl program yg baru je aku jalani sebentar tadi. Sebenarnya, aku xterlibat pun dengan program nie sebab program yg dibuat nie utk assignment salah satu subjek yang aku amik sem nie. Group aku pun kene buat gak tapi lambat lg rasenye. Huhu…aku join program nie sebab nak tolong kwn sbnrnya. Diorang xcukup fasilitator untuk buat program nie. Sebabnye, senior2 yg juga sebahagian drpd group diorg nie ade kelas pagi td so xble la nak join. Lepas kelas baru ble join. Selain tolong ‘menyebok’, ble jugak aku timba pengalaman. Sebab sebelum nie pun ade gak buat program tapi program tu buat dgn sekolah menengah. Kali nie, buat dgn sekolah rendah so nak rase gak mcm mane…huhu…

Program nie berbentuk motivasi disebabkan byk buat LDK. Lgpun, target utk program nie untuk darjah 6 sebab diorang baru abis UPSR. Seronok juga la program nie. Penat aku melayan budak2 tu. Haha…lawak sungguh budak2 tu. Berbeza dengan aku mase aku sekolah rendah dulu. Huhu…sepanjang program nie, aku mesti akan terflashback balik ke zaman sekolah rendah aku dulu. Ahh…rase nak balik ke zaman itu. Tp apakan daya, kite xkan jadi semakin muda, tapi jadi semakin tua.

Mesti korang tertanya2, apa yang pilih kasihnya? Okay la. Macam nie. Lecturer akan beri penilaian terhadap program yang kitorang buat nie. But after all, ak tengok lecturer macam xsuka. Walaupun aku bukan sebahagian ahli sebenar diorang but still aku terasa gak. Klu la die rase program nie xsesuai dengan objektif subjek tu, kenape die xterus reject je paperwork tu? Memang aku tengok muka lecturer tu macam boring je ngan program yang diorang anjurkan. Xtau la sebab xmenepati objektif subjek nie tapi at least, bagi la support.

Sikap lecturer tu pun mengecewakan aku. Bila diperkenalkan, boleh plak die buat xtau. Aduh…memang la die bagi ilmu kat aku tapi kalau macam nie la sikap lecturer tu, macam mane la aku nak mengikuti pengajaran die dengan sepenuh hati? Da la dengan sikap pilih kasih yang obvious tu. Ahh…entah la. Siape la aku nak cakap mcm tu but that’s the truth. Banyak orang rasa mcm tu gak tapi diorang xmention sebab xnak nampak obvious. Patut la paper die aku xdapat A sebab aku belajar xikhlas. Aku cube ikhlaskan hati tapi xble. I just can’t. Cukuplah sampai sini. Buat tambah dosa je aku cakap psl die. Out!