Sunday, December 23, 2012

I love MILK but....

Assalamualaikum.

Sejak ketiadaan laptop nie, "xde mase" la nak update blog. Hehe...lagipun, busy dengan praktikal etc. Alhamdulillah, praktikal dalam semester sudah pun tamat. *tepuk tepuk* tapi praktikal yang kedua a.k.a praktikal luar bakal menyusul tidak lame lagi. Sebelum tu, kene mengadap tesis. Adeh~ bile la nak abis penyeksaan aku nie?? Tp ape2 pun, aku kene mengadap exam dulu. Hoho...

Oh ye, berbalik kepada title post, oh yeah, aku memang suke susu. Not a big fan but I love milk. Sume minuman yang boleh letak susu, aku akan letak susu seperti kopi, teh etc. Tapi not in carrot susu. Carrot susu aku xminat sgt. But the problem is my body can't accept anything related to milk well particularly in drinks. Hmm...kalau milk chocolate tu bole la. Bile masuk bab minuman, somehow perut aku xble nak terima. Pelik kan?

Sebab tu, bile aku nak travel ke ape, aku akan pastikan aku mengelak daripada minum minuman yang bersusu. Takut perut meragam semasa dalam perjalanan terutamanya mase naik kereta api. Oh jangan la. Macam just hours ago, perut aku meragam hanya dengan meminum satu kotak 250ml susu Dutch Lady perisa coklat. Dua kali beb ulang alik. It is just "great"!

So tu je nak cite. Merepek je banyak aku nie. Aku tertanye2 kalau orang lain pun ade condition yang same macam aku. Hmm....out!


Sunday, November 11, 2012

Fantasies~~

Assalamualaikum.

Some people said fantasy is good for your creativity but too many fantasy can lead to something unreal. I'm worried I got in that situation right now. Fantasies are filling in my head almost the whole day, every single day. 

I guess I let my fantasies taken control of my mind. Sigh~ this is what happen when I feel stress out (maybe) or when there's workload of assignments, reports bla bla bla waiting, need to be done immediately.

Fantasize, dreaming. That's what I do every day in this couple of days. I don't know what have gotten inside me. Maybe I've watched too much K-pop so the sensation are swept all over me. Demm~~

But, for now and for me too, that's the only way I'm letting my stress out. Every time I'm coming from the office, the exhaustion has taken control of my body. And I want nothing less than to watch something funny or anything related to my favorite to release my tension. No more report, no more assignment, no more anything as soon as I've come back to my room.

What's with my laptop broke down, I've to spend lots of time to read fictional books as alternatives. So, its a good thing really because I can sharpen my English. I think my English have gone pretty bad lately. That's all about my blabbering for today.

p/s: I know I've messed up the sentences so please don't bother. I don't know what I'm thinking right now. Peace~

Saturday, October 13, 2012

Bengkel Art Therapy

Assalamualaikum.

Lepas g kursus tatacara majlis, etiket protokol bla bla, ari nie aku pergi ke bengkel Art Therapy. Kalau da namenye Art, mesti la korang ingat yang nie satu bengkel pasal art. Well, slightly correct but can be wrong too. Art Therapy merupakan salah satu pendekatan kaunseling kontemporari yang telah digunakan secara worldwide. Yep, you don't read it wrongly. It is WORLDWIDE!

Cuma bezanye pendekatan nie x digunakan secara meluas kat Malaysia. Or should I say, only a few people je yang praktis Art Therapy nie. Some of counseling practitioner don't believe the relevance about Art Therapy in helping profession. Tapi bagi aku, pendekatan nie lebih cepat untuk kite teroka isu klien berbanding buat hubungan bersemuka dua hala. Mind you, action speaks louder than words. 

 Art kit : Fail, Beg, Notebook, Drawing Block and Crayon


Different types of colors, papers and books





Hasil drpd Art Therapy

Pernah x korang menangis semasa melukis/melakar/mewarna sesuatu? To tell you the truth, aku menangis masa aku melukis dan mewarna. Supposely kite happy2 je kan masa mewarna? Tapi surprisingly, aku boleh menangis. Sedangkan aku hanya melukis dan mewarna. So the power of colors tu secara tidak langsung da potray emotions kite. I am so grateful to Allah sebab bagi aku peluang untuk follow bengkel nie. Walaupun masih tak commercial kat Malaysia, but I'm sure someday, people will see how this Art Therapy will help people in their own issues. 

So, full in emotions but don't know how to express it? DRAW THEN! Peace~


p/s : stuff dlm pictures merupakan courtesy from lecturer and friends.

Friday, October 12, 2012

Kursus Etiket Protokol

Assalamualaikum.

Aku baru je menghadiri kursus etiket protokol. Ape tu? Hah..bg yang xtau tu, kursus ini mengajar kita segala apa yang perlu semasa nak menghadiri sesuatu dinner/lunch/majlis2 rasmi. Bermula daripada pakaian, aksesori, tali leher sehinggalah kepada cara nak makan. Aku pernah diajar semasa sekolah menengah dulu. Tapi cuma basic tentang kutleri and cara nak makan je. Yang pasal pakaian x diajar sebab hmm...sebab masih belajar kot. Haha...

Aku x amik gambar tentang pemakaian pun sebab aku malas. Lagipun, kamera handphone yang tidak berapa memuaskan mengehadkan aku untuk mengambil gambar. Cik yang terangkan kat kitorang ari tu guna slide so its quite inconvenient untuk aku tangkap gambar. Haha...

Susunan kutleri



Appetizer : Mushroom Soup and Bread with Butter


Main Course : Chicken Chop, Fries, Coleslaw, Salad, Tomato Slice with Gravy


Last but not least, Dessert : Chocolate Cake with Vanilla Ice Cream

Air lupe plak nak tangkap gambar. So, kitorang minum Fruit Punch (maybe la). Walaupun diorang x mention name air tu, tapi aku buat2 name sendiri la. Haha....makanan best walaupun azab jugak la nak menunggu bole makan. Haha...Dalam tiga hidangan nie, yang memang aku thumbs up giler2 ialah Mushroom Soup! Sebab Mushroom Soup die memang sedap. Kalah Pizza Hut. Serius aku xtipu. Xtau la kalau orang lain rasa Mushroom Soup kat Pizza Hut lagi sedap drpd EDC UUM nie. Huhu.......oh ade lagi.


Tadah!!! 

Lepas tu, sebelum balik, kitorang diberikan sijil sebagai tanda kitorang hadir la kat kursus nie. Disebabkan makanan sedap, ade plan nak pergi lagi sem depan. Hehe~~

Tuesday, September 11, 2012

Falling in love with you~

Assalamualaikum.

I'm sure I'm going crazy right now. Totally crazy. I'm falling in love again!! Dang! Not the right time to fall in love. Sigh~

Dengan sape lak aku jatuh cinta nie? Jeng jeng jeng. Hoho...well, die xhensem tapi die macho. Bad boy for sure. Suara pun macho (terngiang2 suara die kat telinga aku skang nie. aww~~). He's hot too (for me, xtau la kalau orang lain). Nak kate baik, bole la kot. Tapi nampaknye ade benda yang menghalang aku daripada sukakan dia and dia sukakan aku. Sedih2~~ Sebelum aku bagitau amende yang menghalang tu, meh aku tunjuk gambar die yang aku amik curi2. Hehe..macam stalker la plak aku nie. 



>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>






TADA!!!! Haha....yang nie la lelaki yang telah membuatkan aku jatuh cinta kepadanya. I love him. Hoho...bagi sesape yang xkenal, yang nie merupakan salah satu karakter One Piece yang aku suka iaitu Roronoa Zoro. Kalau korang tengok gambar, memang la x hensem segala bagai. Tapi kalau tengok dia dalam anime One Piece tu, ya Allah macho nya! Macam mana la diorang bole cari voice over yang memang suit ngan character Roronoa Zoro nie. Demm!

So, sekarang nie korang tau da la kan sebab kenapa hubungan kami (cewah!) tidak dapat diteruskan. Hoho...macam forever alone lak aku suka kat anime. Ades. Sebenarnya post mengarut nie aku buat sebab aku tension. Tension dengan praktikum yang akan start esok, assignment yang berlambak, dengan nak cari klien bagai, dengan lecturernya and macam2 lagi la. Harap2 semuanya akan berjalan lancar sepanjang sem nie, insya Allah. Ok la, peace out!


Saturday, September 8, 2012

More bad news~

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, sampai jugak aku dengan selamatnye di U terchenta. Walaupun x cukup tido, tapi mate xmo lelap lak lepas kemas barang.

Kalau ikot jam aku skang nie, lebih kurang 7.23 pm la. Sampai waktu nie, aku xsangka pulak aku menerima bad news lagi. Ah~~ bencinye. This semester will be the "bestest" semester in my whole 4 years studies.

I need to be a good listener, hmm...a good student, a good friend etc. Aduh~ miserable la hidup aku for this semester. Its a good thing though tapi aku tau nanti aku jadi fake. Betapa susahnya nak jadi fake. Trust me. Lagipun, aku da x nampak future A's da dalam result aku. T_T

I know time will change everything. I'm just hoping for the better. Semoga perjalanan aku semester ni dipermudahkan Allah SWT. Insya Allah, amin.


Thursday, September 6, 2012

7th sem is up!

Assalamualaikum.

Pejam celik, pejam celik da masuk semester tujuh. Cool eh? Haha...aku pun xsangka da masuk tahun ke 4 aku kat U. Insya Allah, kalau diizinkan oleh Allah, aku akan bertolak ke uum malam esok dan insya Allah juga akan sampai di uum pada hari sabtu. Doakanlah ye.

Hmm...tapi tapi tapi. Sem nie jugak mungkin jadi another sem malang buat aku. Sebab? Lecturer yang penah bagi aku C dulu (without unknown reason) akan mengajar aku lagi sekali. Sob sob. Lepas tu, aku dapat seorang lecturer lagi yang assignment nye ialah dinner dan naik bukit. Bukan xsuke cuma duit akan banyak keluar. Tu je. Huhu...macam mane ye? 

Sebenarnya aku bersyukur sangat sebab aku dapat add subjek aku yang keempat. Cuma tu la, aku agak terkilan sikit sebab tak sangka dapat lecturer nie. Sigh~ and to make things even worse, batch aku 1 kelas ngan anak2 emas lecturer tersebut. Sigh kali kedua~ Ape yang aku bole buat ialah kene perform well dalam kelas die, assignment xle anta lambat, mesti on time. Harap2 kalau aku berjaya buat effort nie, mungkin aku dapat better marks untuk kelas dia. Who knows?

Out. Peace~

Saturday, August 25, 2012

After Raya~

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam yang meraikannya. Kalau ikut waktu aku post nie, sekarang nie da raya ke-7. Bagi kebanyakan orang, mungkin sekarang nie masih raya tapi bagi aku plak, mood raya da makin berkurangan. Sekarang nie mood balik ke kampus lak. Aduh! Malas plak aku nak balik U. Aku tau, mesti ramai yang ada perasaan macam aku nie. Huhu..

Aku nak cite pasal misery aku masa Raya. First day Raya, sakit gigi datang menjelma. Disertai dengan sakit kepala lak tu. Aduh! Hanya Allah sahaja yang tau. Lepas tu, aku rase loya lak (jangan fikir bende laen ar). Rase nak muntah je. Terutama bila minum air masak.Sekarang nie plak, aku sedang dalam proses diserang selesema. Oh sungguh tak selesa. Why why why this happened to me? :(

Tapi ape2 pun, aku kene redha dengan ape yang berlaku kat aku skang nie. Huhu...harap2 cepat sembuh. Doakan la aku cepat sembuh. Peace~

p/s : gambar raya x snap langsung so xble nak post. :p

Sunday, August 5, 2012

Malaysian are proud of you!!

Assalamualaikum.

Baru je selesai perlawanan akhir badminton antara Dato' Lee Chong Wei (DLCW) dengan Lin Dan. Fuh, memang sengit la. Memandangkan banyak orang post pasal perlawanan badminton nie kat Facebook, aku pun xnak ketinggalan jugak. Hehe. To tell you the truth, I'm not a big fan of sports. In fact, I'm not a fan at all. Tapi ade mase2 tertentu, I'm quite into it. Haha..

Bila tengok DLCW lawan dengan Lin Dan, owh..memang sengit. Actually, aku tengok mase game set 3 and aku xtau pun yang aku tengok tu adalah perlawanan penentuan. Demm!Walaupun aku tau ramai rakyat Malaysia (termasuk la aku) kecewa, tapi aku tau yang paling kecewa sekali mestilah DLCW sendiri. Aku rase die pressure jugak sebab die je la harapan nak bawak balik pingat emas untuk Malaysia.

Die sampai nangis2. Oh..aku pun rase nak nangis sekali. Walau ape pun, aku still proud of him. Like I said before, I'm not a fan but I'm still supporting our hero. 




To DLCW, you are already doing your best in making Malaysian proud. We are so proud of you so keep up with all your hard work. I'm sure someday it will pay off. Let's hope for the better. We all love you.

Wednesday, August 1, 2012

Whine up~! Wooo~~

Assalamualaikum.

Bagi seseorang yang banyak SANGAT berfikir macam aku nie (as if org laen xbyk fikir. sorry peeps) and a person with full of emotions (really mean it), tibe2 aku terfikir yg a lot of people tend to expect me to do excellently in particular situation, things or anything that can be expected from me. Haha...mcm complicated lak.

Aku cakap nie within family matters la. I'm the youngest daughter in the family. So cooking, doing house chores etc are the basic things that I have to do. And aku mesti kene excellent dalam setiap bende nie. Or should I say, must be PERFECT for this particular thing. Lebih kurang mcm tu la.

Masak xsedap, kene complaint. Masak xcukup, kene complaint. Kemas uma mcm xkemas, kene complaint. Well, hearing that comments is just part of my day. Selain drpd house chores, ade la a few other things yang aku kene tau gak. Xtau pun kene buat2 tau. Sebab tu aku rase bile aku cakap dengan orang lain, aku berlagak pandai. Haha...lame2, jadi bodoh sombong aku nie (ke da jadi ntah? Hehe..)

This is...what should I say....the dilemmas that I (and maybe a lot of other people too) have to face every single day. It is not focus only around the family but also my surroundings. Even though I've tried hard to succeed, I guess it is not hard enough. I'm not that strong either. *chuckles*

Anyway, goodbye for now. See ya next time. Peace~

Friday, July 27, 2012

Result sem nam!

Assalamualaikum.

Result sem nam aku da klua. Wohoo!! Haha..actually, x happy pun. Biase je. Mase taip post nie, aku x dapat tengok result lagi.

Selama 3 tahun aku kat UUM nie, sistem nak check result x penah berubah. Macam tu jugak dari sem 1 sampai sem 6. Nak masuk sem 7 da pun. Sistem check result still TERUK. Aku stress betul. I mean, U laen pun maybe pakai pendekatan yg same (check kat portal or something) but they can get the result fast. 

Nampaknye kene tunggu beberape hari la baru bole check. Dengan internet connection kat rumah yg problem beberape hari ni, oh memang menguji kesabaran dalam bulan puasa nie. Ya Allah, semoga aku lulus semester nam. Amin~

p/s : Nanti aku update macam mane result aku. Hoho~

UPDATE: Alhamdulillah, syukur2 ya Allah. Result makin naik. Lulus semua subjek. Alhamdulillah jugak sebab xde C. =D

Tuesday, June 26, 2012

Because of love...

Because of love, we laugh,
Because of love, we cry,
Because of love, we become angry,
Because of love, we become calm,
Because of love, we smile,
Because of love, we sulk,
Because of love, we do crazy things,
Because of love, we care.

It is all because of love. Without love, I won't be who I am today. Peace~

Saturday, June 2, 2012

Obses?

 


Oh no!!!! Aku obses ke dengan diorang nie? Tapi kalau da ari2 tgk selama lebih sebulan, agak2 aku obses x? Huhu..obses la tu kot. Dush2 pada diri sendiri. Korang pun try la enjoy ek. Hihi....Exo-M fighting!!

Thursday, May 31, 2012

Hati.....perasaan?

Assalamualaikum.

"Allah boleh ubah perasaan dalam hati manusia tu sekelip mate je masy"

Salah seorang rakan aku cakap mcm nie kat aku. And surprisingly, ade sorang lelaki pun cakap perkara yg hampir same dgn statement di atas nie. Kebetulan? Wallahualam. Bile bercakap psl hati n perasaan nie, I'm not an expert. Expertise aku hanye lah dalam perasaan marah, emo dan sebagainya (hehe..). Bukan senang aku nak cakap bende2 nie. Haha..

 Kadang2, aku xpaham perasaan yang ade pada diri aku dan pada diri orang laen jugak. Nak kate xmatang lagi, matang dah kot. Hehe..tapi tu la. Seperti statement kat atas tu, Allah boleh ubah perasaan orang tu sekelip mate je. Tanpa diminta, tanpa dipinta. Aku jadi blur dengan ape yg berlaku kat sekeliling aku skang nie. Xtau la blur sebab nak exam, sebab xde orang ke ape. Aku pun xtau. Ditambah lagi dengan pemerhatian aku kat orang sekeliling. Ah~ sepatutnye aku buat xpeduli je. Penat! Penat memerhati sebenarnye. Tetibe rase burn out plak. Sedangkan xde org yg memburn outkan aku. Ntah la. Fikiran jadi x center. Blur. Fikiran kosong. 

Nak luah kat orang lain, xpe la. Takut diorang xpaham. Rasa yg ada dalam hati biarlah aku pendam sendiri (bole blah x ayat aku?) Naseb baek ade blog. Thank you blog. At least, lepas jugak la ape yg aku nak luah. Huhu..peace out!

Thursday, May 24, 2012

Dream..

Assalamualaikum.

I had a dream last night. Strange, weird dream. But it's quite pleasant (for me. haha..) This is happening during my unconscious stage. There goes Freudian theory. hehe..

Place: Something like cyber cafe. But I'm sure there's computer in that place

Time: Not sure

Event: There's three of us. Me, A and B. A and B was using the computer. I'm on the sofa (I think) behind them. Suddenly, A leaving B and sit on the floor (weird huh?), and then standing and walked towards me. And then A sit beside me. There's gap between us at first but as time goes by, he become closer to me. Until our shoulders met. I think in my dream, I have crush on A. Not long after that, I put my head on his shoulder. I feel weird myself but still doing it. Haha...and then, he hold my hand. For quite a long time.

Out of nowhere, some of my friends come to that place. I feel uneasy. Because I don't want them to know my relationship with A. A happen to become their friend too in my dream. Sigh~ A suddenly pull my hand to going outside that place. And the weird part is none of my friend notice that he held my hand. But I pull my hand quickly from him and I woke up.


I'm praying a lot after I woke up. How can I dreaming like that? T_T.  Forgive me Allah.

After all, it is just a dream.

Wednesday, May 16, 2012

Bolehkah aku kasihan kepada mereka?

Assalamualaikum.

Hari nie, aku pergi 1 program. Erm..program ni xbole kalau xpegi sebab part of deviance's assignments. Kitorang pergi ke Asrama Akhlak Pokok Sena. Kat sane xbole nak tangkap gambar so no picture available la utk entry nie. Huhu...

Asrama nie bukan asrama biase. Asrama nie utk budak2 bwh umur tapi ade kes juvana (sumthing like that). Diorang kene masuk sini pun atas perintah mahkamah tapi ade jugak yg masuk sebab permintaan parents (mase briefing, aku xde. so ak xsure sgt. hoho...). LDK memang start lambat, well, lagi lambat drpd yg dirancangkan. Ikot plan, pukul 3. Tp kul 3.30 baru mule. nak mule awal, xbule plak sebab budak2 nie baru balik sekolah.

Aku pun lambat masuk LDK sebab uruskan makanan etc. Tapi bile tengok muke budak2 tu, first thought aku ialah "oh, kasihan budak2 nie". Bile fikir2 balik, memang bole nangis la. Kenape budak2 umur 15, 16 tahun bole terjebak dengan kes2 besar? Salah sape sebenarnye? Salah parents? Salah diri sendiri? Salah rakan sebaya? Aku sendiri pun xpasti. I kept thinking about it over and over again. But I just kept holding that thought back too.

All I know, my heart shattered to see these young fellows. It just bugging me to think about them. I pray to Allah to give them strength in facing their every day's live. Amin.

Thursday, May 10, 2012

The end?

Assalamualaikum.

Tough week, very tough. Walaupun berada dalam mode yang malas giler, tapi aku cuba jugak selesaikan segala macam assignment yang perlu disubmit minggu nie.

Well, this week pun nak sampai ke penghujungnya. So, agak lega la jugak. Syukur Alhamdulillah. Walaupun masih ada sisa-sisa microteaching n assignment yang perlu dilakukan n program jugak, tapi beban yang berat aku pikul nie da lepas la.

This past 2 weeks......phew...can't describe it with words. But I've gained strength, thanks to Allah. =D

Sunday, April 29, 2012

hurt~~ :(

Assalamualaikum.

You, I feel offended again. Because of you. Maybe you didn’t know about this. But yes, I feel offended because of you. We’ve been friends for years yet I feel that there’s distance between us. I don’t know because of me or because of you that distance exist. 

I know that you accept me as your friend even though you didn’t say it out loud. But I don’t feel that you accept me at all. Truthfully, I feel hurt. Hurt hurt hurt! Deep down, I feel hurt a lot. Maybe I’m not that important to you, am I? 

Just so you know, I still accept you as my friend. Maybe it is just my false accusation that I made to you. But still, I feel it that way.

*there I go again…feel touchy2. Huhu..*

Saturday, April 7, 2012

Malu giler!

Ape yang memalukan sangat tu? haha..eh, lupe lak. Assalamualaikum.

Cite memalukan nie berlaku baru2 nie je. Mase nie, aku dalam perjalanan pulang ke bandar halaman. Citenye macam nie. Aku naik kereta api untuk balik ke rumah aku daripada universiti terchenta. Tiket aku siap beli awal2 lagi. Paham2 je la. Tiket kereta api nie cepat abis. Nak2 yang economy class. Lagi la cepat abis. Klu nak abis second or first class, lebih baik la aku naik bas balik uma. Haha..

Demi menjimatkan duit, aku beli la tiket ekonomi. Kawan yang same2 nak balik ngan aku xjadi plak nak balik. So, tiket tu diberi kepada rumet kawan aku yang lain. Kitorang pun same2 la gerak g stesen same2. Sorang lagi kawan tertinggal sebab die agak lambat. Tapi yang peliknye, die yang sampai dulu. Haha..

Oh, kawan aku yang sorang nie naik first class cabin. Kitorang je yang naik ekonomi. Hmm..bile tibe masenye, kitorang board ke kereta api tu. X lame duduk kat kelas ekonomi, kitorang g "melawat" kawan yang duduk kat first class tu. Siap tidur lagi. Haha..

Okay, here's the embarassing part. Kawan aku tu tanye pegawai yg check tiket tu, die kate xde org lagi yang akan ade skali dlm first class cabin tu. So, kitorang pun buat la cam bilik sendiri. Nak dijadikan cite, dalam pukul 12.40 something, pintu kabin tu kene ketuk. Adus, kantoi ngan pegawai tiket. Malu giler!!! Rupenye, ade jugak org yang masuk dlm kabin tu. Siap kene tegur lagi. Malu besar woo!! Lepas tu, aku and rumate kwn aku pun klua, dengan malunye. Huhu, bile klua, aku xpandang dah pegawai tiket tu. Tapi aku sempat la mintak maaf kat orang yg baru nak masuk tu. Naseb baek xkenal. Muahaha..

Pengajarannye kat sini, jangan la pandai2 nak g masuk mane2 sesuke hati. Xpasal nanti kene mcm aku n rumate kwn aku tu. Tapi bias la kete api tu. Tempat first class tu air-cond xkuat. Kat economy class, air-cond kuat giler. BIAS2! Lepas nie, tobat xbuat dah. Huhu...

Friday, March 23, 2012

saket owh!

Assalamualaikum.

Saketnye ulser mulut ni. Benci tau tak? Aish..sabo je la aku. Minum air da cukup banyak kot. Haha..erm...naseb baek xpecah lagi ulser nie. Kalau da pecah, saketnye mau berkali ganda. Adeh!

Sekarang nie macam nak sembuh dah. Cume kena make sure tak minum ais (ais memang la rase best je bile kena kat tempat ulser tu tapi lama2 boleh menyebabkan ulser jadi makin teruk!), tak kena langgar dengan gigi, tak kena gigit dengan gigi dan terkena berus gigi. That will be enough to make sure my ulser getting better. Hehe..

Oh! Lupe plak. Ak Google la pasal ulser nie. Salah satu sebab ulser adalah stress. Erk? Aku stress ke? Aduh, pulak dah. Stress pasal ape? Hm..ah...stress pasal assignment la kot. Cam tak bese. Haha...tapi aku kalau tak kena ulser sekali setahun, memang tak sah. Let's hope the ulser will be gone soon. Out!

Monday, March 5, 2012

Heart, please don't flutter~~

Assalamualaikum.

I have problem here. My heart fluttered so easily. NO! What should I do now? Bukan sekarang je, sejak dulu lagi, aku ade masalah dengan hati yang cepat sangat nak rasa terbuai dalam perasaan yang berbunga2 (you know what I mean, right?).

Kadang kala, aku rimas ada perasaan macam nie. Sebab aku tau that fluttering heart akan hilang juga. Cuma masa yang akan menentukan. Tapi aku tak suka perasaan macam nie. Rasa macam menganggu emosi aku and hubungan aku dengan orang lain. Maybe ada hikmah aku ada perasaan macam nie. Cuma belum sampai masanya aku tau apa hikmah tu.

Maybe jugak aku da tau apa hikmahnya, cuma tak sedar je. Aih..payah la kalau macam nie. Risau dengan apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Love is not something that should interfere in my study right now. Sebab tu, aku try keep distance dengan kawan2 lelaki yang lain. Takot "terjatuh" lak nanti. Tak ke naya? Flutter heart, go away!


Friday, March 2, 2012

Question in my mind

Assalamualaikum..

Zaman sekolah dulu2, ade x cikgu2 korang suruh korang tanya soalan? xkesah la soalan mengenai matematik ke, Bahasa Melayu ke atau apa2 yang ada kaitan dengan subjek yang diajar. Mesti ade kan?

Guru aku pernah kate yang bertanyakan soalan tu adalah satu perbuatan yang baik. Bagi aku, tujuan dia cakap macam tu untuk menggalakkan student dia rajin bertanyakan soalan. Aku setuju dengan guru aku. So, disebabkan itu juga, mulut aku ringan je nak bertanyakan soalan tentang perkara-perkara yang aku sendiri xpaham.

But as I grew older, nampaknye galakan untuk bertanyakan soalan tidak diterima dalam semua situasi dan tempat. Aku pernah tanye soalan tapi soalan tu da menyebabkan kawan aku naik angin. Xtau la sebab soalan tu macam bodoh ke ape. xtau la jugak kalau2 soalan itu menggunakan perkataan2 yang boleh menyebabkan orang nak marah secara tiba2. Tapi bagi aku, soalan tu was absolutely nothing that someone should feel offended. Banyak benda yang aku xtau sebab tu aku tanye soalan.

Tapi yang aku dapat, soalan sebenarnye lebih banyak menyusahkan orang daripada menyenangkan orang. After all, asking question is not a good thing. Sad, huh?

We asking question because we need to know something, to know something even further and understand what we can't understand before. It's a good thing really but people who need to answer the question doesn't think so.

Wednesday, February 15, 2012

T_T

Assalamualaikum viewers...

Soon, I will become 23 years old (
yay?) but unfortunately for me, ak rase ak makin childish. Haih! Amende la nie? Sepatotnye, klu makin meningkat usia, makin matang la kan? Da x gado2, handle masalah ngan berfikir secara rasional dan ade la lagi bende2 lain.

But, what I can see through myself is I don't have any of this stuff. Tapi aku banyak gado2. Bukan setakat gado ngan kawan je, gado ngan family (oops?) pun ade. Arrghh........stress!

Setiap kali aku nak try jadi baik (kononnye) , makin teruk lagi ade la. Haha...rasenye bende tu kene buat natural je kot.

It's hard for me to say sorry in front of somebody's face but I truly sorry for whatever I've done to whoever it is that reading this post (even though maybe there is nobody) if I'm doing something that hurt your feelings, break your heart etc. Deep down in my heart, I didn't mean to do that. I'm sorry.

Thursday, February 9, 2012

Result2~~~

Assalamualaikum...

Finally, examination result is coming out!! Alhamdulillah, I'm not failing any subject. But, unfortunately, I got C for my one of my subject. Ya Allah...dugaan betul. And the "best" thing is, I think all of my coursemate (and maybe all my classmate too) got the same grade. What is this?


I worked so hard (well not really) for the subject and I can answered the question nicely (maybe) but all I got is a.....C? Arrghh....I don't know what to say. First time in my campus life, I can't maintain my result nicely (again?).

Well, just hope I can succeed in this coming semester which is a week from now. We can't change what already happened, right?

p/s : Luckily, she won't teach us this coming semester. Thank You Allah.. =D