Wednesday, March 16, 2011

I'm sorry...

As salam...

Hmm...lame gak xupdate blog nie. Anyway, saye tersangat la busy skang nie.(busy ke?). Banyak betol program bulan 3 n bulan 4 nie. Program aku xberjalan lagi. Paperwork pon xanta and xsiap lagi. Haishh....tanye orang, orang xmo ajar plak....pelik btol.

Bagi program yang terdekat ni, banyak la buat surat untuk mintak peralatan la, ape la etc. Aku malas nak mention da sebab mengingatkan pasal surat tu je, boleh menyebabkan aku muntah. haha...

Overall, aku okay la skang nie. Assignment banyak la jugak yg blm berhantar. Bile ntah nak anta nye? huhu...presentation pon same. Pastu, kene buat sesi kaunseling lagi. Hmm...busy gak aku minggu nie. Draf exam pon da klua. Same la cam sem2 lepas, balik lambat lg la aku. Ari terakhir exam merupakan ari terakhir paper aku. Aduh, sengal giler! Mcm mane la aku agaknye sem nie? Just wait and see.

Sampai di sini saje coretan aku kali nie. Out!

Thursday, March 3, 2011

Weekend! (well, almost...:D)

Assalam....

Weekend da nak sampai da. Yahooo!! cuti2! hehe....hari cuti memang menggembirakan. Memandangkan kebanyakan negeri cuti Sabtu dan Ahad, beza plak dengan aku sebab cuti ari Jumaat dan Sabtu. Tapi still boleh consider weekend kan? Hehe...

Ok la. Hari ni merupakan hari yang dimulai dengan kuiz. Sigh~ susah jugak kuiz dia. Aku xbaca sangat so dats why la aku xtau. Huhu...orang laen relax je jawab. Siap ade yang tiru. Haha...nasib baik kuiz nie boleh bincang (kuiz ke macam tu? huhu..). So aku banyak la bertukar2 pendapat dengan orang lain. Orang lain lagi hebat dari aku. Muahaha...jahat nye aku kacau orang time kuiz.

Lepas kuiz, da xde kelas. Boring giler! Kelas satu je ari khamis tapi waktu pagi. Haishh! xseronok! Buat la kelas tu cam sem lepas. Pukul 12.30. Haha...boleh aku terlajak tido. Keke...terok btol la aku nie. Hehehe...

Yang xbestnye, sebab aku masih ade ko-k so ari sabtu kene bangun awal. Sigh~ sabo je la. Aku xpegi latihan kelab plak. Mesti presiden a.k.a Jamian marah. Aku kan naib dia. Aku rase cam nak letak jawatan je. Aku rase aku tak ble nak bagi komitmen. Nak suarakan kat sape ntah? Aku nie liat sikit nak join aktiviti2. So susah la kawan2 aku nak drag aku join program. Lagi2 yang melibatkan duit. Sampai berfikir berkali2.

Tapi nampaknye, aktiviti DPP xble lepas da la. Sebab, kalau x aktif DPP, xpasal2 aku 'diapungkan' ke DPP lain. Waaaaaaaaa.....xmau! Aku da sedap duduk kat DPP Bank Muamalat nie. Huhu...

sampai sini je la coretan aku. I'll update later k. Have a nice day

P/s : Takziah kepada family pelajar UUM yang kemalangan depan EDC ari tu. Shocking, very shocking. And yang paling xsangke tu, tiga2 dari DPP aku. hmm...

Thursday, February 24, 2011

Boring.....urrggghhh...

As salam..

Hari ini aku nak merepek je. Memandangkan sekarang nak dekat pukul 1 pagi, so korang baca je la ape yang aku repekkan nie ye. Sebab sekarang nie, minda bawah sedar da menguasai diri. Hmm...sepatutnye, skang nie aku tengah menghabiskan masa dengan menaip bait2 terakhir kesimpulan untuk assignment aku. Well, cerita pasal assignment rasenye tak pernah lepas daripada kancah kehidupan seorang pelajar universiti. Am I right?

Kadang-kadang, aku suka gak blog-walking so kalau tersinggah blog pelajar universiti, mesti tak lepas la cite pasal assignment. Ok la. Berbalik semula kepada cite assignment aku. Assignment nie kene anta sok plak. Haishh....hmm...bukan aku xbuat langsung, tapi aku xsiap lagi (tetibe). Lagipun, yg aku xsiap cume part kesimpulan je. yg laen, BERES!

So, please la doakan aku agar berjaya menyiapkan assignment nie. Erk? Assignment ape? Lupe plak nak bagitau. yg ak buat nie assignment tatabahasa. Hah! Mesti korang kate...ala, tatabahasa je kot. Kacang! hmm...kacang la sangat. rase nak pecah kapla rasenye. Once again, please pray for me okay? :D

Lagi satu isu, skang nie da merebak da la demam Kak Limah. Hah! sapekah itu kak Limah? Kak Limah nie watak dalam satu movie "Hantu Kak Limah Balik Rumah". Ak xtengok pon cite nie. tapi coursemate aku suke btol la ulang2 dialog dalam filem nie. Aku hanye tumpang gelak je. Haha...

ok la...sampai kat sini je rapuan saye....Out!




Tuesday, February 15, 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul..

As salam...

Hari nie merupakan 15 Februari 2011 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1432H. Hari ini juga merupakan hari yang istimewa kerana pada tarikh 12 Rabiulawal nie, Nabi Muhammad SAW telah dilahirkan di dunia ini.

Kita sebagai umat Islam diseru agar berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW bagi memperingati tarikh kelahiran baginda. Tak semestinya masa Maulidur Rasul je kite berselawat, bila2 masa dan kat mana2 pon, kite kene berselawat dan juga berzikir, bertahmid dan sebagainya.

Peringatan ini bukan sahaja untuk anda semua tetapi juga menjadi peringatan kepada diri saya sendiri. Sebagai manusia, kita tidak akan terlepas dari kealpaan dan manusia juga ada membuat kesilapan. Selamat Menyambut Maulidur Rasul....=)

Monday, February 14, 2011

The Green Hornet (2011)




As salam...

It's already 1 o'clock in the morning and i'm not sleeping yet. Tomorrow got class at 8 am. Well, today I want to share about this movie that i just finished watching a few hours ago.

The Green Hornet is just another superhero movie. So, there's a lot of action that people will expect from this kind of movie. For me, this movie is just ordinary. Nothing new. It is Iron Man-like movie. A spoiled rich son from dad's fortune and later become a superhero. Sounds cliche isn't it?

But at the same time, quite interesting. Seth Rogen and Jay Chou as far as i can see in that movie can get along quite well. However, Jay Chou seems a little awkward in that movie. Maybe because he is nervous speaking in English, I don't know.

One thing that really bring disappointment to myself is their costume. Supposely, superheroes have their own costume, aren't they? Then, why The Green Hornet doesn't have one? Put capes and some suit doesn't make you a superhero though.

But I think it doesn't matter for some people. We are seeing by far a lot of superheroes with different superhero outfits so if they don't have one, it won't hurt i guess. Keke....

I think that's all for now. Remember, it is just my opinion. That's all. Have a nice day. Out!

Tuesday, February 8, 2011

Cuba, Try, Test...

As salam...


Benda nie kawan aku yang recommend kat aku. So, feel free to try it ok? Have fun!


1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?


Semua sekali penting : makan, minum, tidur, kasih sayang etc


2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri??

Makan tengah hari untuk hari ini.


3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu??

Switzerland or New Zealand. Tempat tu memang cantik! :D


4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?


Kalau bercinta, memang tak la. Kalau hubungan kawan2, hmm…setakat nie Alhamdulillah berkekalan. :D


5. Adakah anda sedang dilamun cinta??

Tidak…


6. Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam??

Pak Andak Café….keke…


7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?

Psikologi Sosial untuk subjek Psikologi Sosial

8. Apakah nama penuh kamu??

Takyah mention da kot. Kawan2 semua tau da.


9. Kamu lebih senang dengan ayah atau mak??

Dua-dua sekali.


10. Namakan seseorang yang ingin kamu jumpa dalam hidup kamu buat pertama kalinya??

Seseorang? Xtau la plak. No one in my mind right now. :D


11. Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu.

· Norshila, bestfren paling lama sejak darjah 2.:D

· Rahman, another bestfren yg kesengalannye tahap cipan. Pun lame jugak.

· Aimi, Afiah, Ezza – bestfren aku kat UUM nie.

· Sue, Ely Ayuni – another bestfren.

· Xtau nak mention sape lagi. Semua aku anggap kawan. :P


12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri??

Of course. Ingat aku kaye ke nak upah orang basuhkan baju aku? Haha…


13. Tempat yang paling seronok yang kamu mahu pergi?

South Korea and Japan.


14. Pernah menipu?

Banyak kali. Aku bukan budak baik. Hehe…tapi aku tipu demi kebaikan. :P


15. 8 perkara yang amat saya gilai?


Aku jarang la gila2 pasal benda2 nie. Tapi aku paling gila dengan lelaki hensem. Muahaha….lelaki hensem memang tak pernah lepas dari mata aku. Kah3…hmm…apa lagi ek? Xtau la. Banyak je sebenarnya. Tapi tak teringat plak.


16. Pelukan atau ciuman??

Doesn’t matter. Tapi aku geli la cium2 nie. Haha…


17. 8 perkataan yang sering diucapkan??

- Ade aku kesah

- So?

- Malas la

- Ye la tu

*ade lagi sebenarnye tapi tak ble nak mention kat sini. :P


18. 8 buah buku yang paling baru di baca??

· Harry Potter and The Chamber of Secret

· Theory and Practice Counseling

· Harry Potter and the Philosopher Stone

· Nighttime is My Time

· Tastefully Small Dessert Canapes

· Killjoy

*aku tak ingat da…nie kot yg paling latest…


19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali?

Lullaby – Daichi Miura

Possibility – Boa ft Daichi Miura

The Answer – Daichi Miura

Karma – NLT

Yesterday – NLT

Impossible – Shontelle

It’s You – Sung Si Kyung ft IU

So What Can I Do – Seung Ri

20. Mari men'TAG' 8 orang lain..

Sila tag diri sendiri. Thank You. Eh, jangan lupe plak try. :DD


Sampai sini je repekan saya...Out!

Monday, February 7, 2011

Thank You (2007)




As salam...

Hari nie aku nak bercerita lagi pasal cerita yang baru sahaja aku selesai menontonnya. Cerita ini bertajuk Thank You and sekarang nie tengah hot kat TV3 setiap hari Isnin sampai Khamis jam 3.30 petang. Disebabkan kat kampus nie susah sangat la aku nak tengok tv, ditambah plak dengan kelas, xde mase nak tercongok depan TV kat cafe tu, oleh itu, aku telah bertungkus lumus mencari laman web yang ada cerita nie untuk aku download. Huish! Panjang btol ayat aku nie. Hoho...

Disebabkan banyak laman web yang tak ble nak buka, or lebih tepat lagi, wifi kat universiti nie da sekat laman2 web yang ada video nie, terpaksa la aku ke alternatif yang terakhir iaitu pergi ke laman web www.maaduu.com (jangan lupa like kat fb)

Kalau nak download dari maaduu pon ble tapi fail die memang besar giler. 1 episod bersamaan dengan 2GB. Lagipun, aku banyak kali try download dari website nie tapi download nie mesti hang separuh jalan. So better ak watch online je. Puas hati la bagi aku cerita nie. Full of family values.

Ditambah dengan adanya Jang Hyuk yang da lama aku tak tengok dia berlakon. Memang mantap! Haha....sungguh puas hati la tengok cerita nie. And of course, cerita nie memang sedih. Well, tak la sesedih cerita Winter Sonata or Autumn in My Heart tu. Tapi cerita nie memang daebak!

Sampai sini sahaja coretan aku kali ni. Semoga berjumpa lagi. Out!