Friday, April 4, 2014

Sexual harassment

Ini adalah satu topik yang serius. Aku pasti ramai wanita di luar sana yang at least sekali kene sexual harassment. And yes, aku pun x terkecuali.

Bagi orang yang kurang bijak, dia anggap perempuan yang kene sexual harassment nie mesti pompuan cantik and sexy mexy. Kurang tepat sama sekali. Xkisah la perempuan tu cantik ke, x seksi ke, gemuk ke, kurus ke, pasti akan kene jugak sexual harassment.

Dalam kes aku plak, bukan sekali aku kene sexual harassment nie. First time mase aku umur 11 tahun kot. Ke mude lagi daripada tu ntah. Ah bile fikir balik, nasib baik aku nie agak kuat mentally. I don't even want to talk about it, even think about it. Aku rase sebab tu aku ade childhood memory loss. Aku xingat zaman kanak2 aku. Maybe sebab aku nak wipe out benda2 negatif yang jadi kat aku kot. Don't worry, aku x dirogol or kena benda2 yang sewaktu dengannya la.

Recently, sekali lagi aku kene sexual harassment. Xtau la die sengaja ke @ x sengaja. Situasinya dalam bas. Xyah cakap la kalau dalam public transport ni. Selalu sangat la kene. Citenye macam nie. Aku berdiri dekat tangga bas. Sebab masa tu peak hour so of course la ramai giler orang. Aku pun berpaut la kat tiang tangga bas tu. Kerusi bas tu pun agak rapat jugak dengan tiang tu. And then, ada sorang laki nie. Die hold la kat blkg kerusi bas tu. Aku macam bersandar la kat tiang tu. Lame2 aku rasa macam panas je belakang aku. Macam ade orang kuis2. Aku tengok tangan die da betul2 belakang aku (still hold kat belakang kerusi) tapi da kene aku jugak la. Terpaksa la aku menjauhkan diri sambil buat muka. Rasa nak lempang je.

Kalau duduk plak, lagi2 sebelah lelaki, lagi sakit hati. Lelaki kalau duduk kan suke mengangkang. So bile mengangkang tu, da makan space kite. Aku cukup bengang kalau macam tu. Melayu ke, Bangla ke, India ke sama je. Setakat nie, xpenah lg aku kene dgn Cina. Kalau hensem sekalipun, tetap xble dimaafkan. Plus, aku xselesa la nak ade body contact dengan org lain. Even dgn pompuan pun. Tapi xsemua la macam tu. Aku pun rase aku macam terkurang space. Sebab aku kan gemuk, kerusi bas tu plak sesuai dengan orang yang kurus so tu la.

Tapi 1 bende aku respect kat Bangla/Nepal nie, kalau dalam bas, diorang nmpk org tua ke, perempuan ke, diorang akan bg tmpt duduk. Aku pun hesitate nak buat but diorang buat without hesitation. Malu plak aku.

No comments:

Post a Comment